fbpx
Pelancaran jersi baharu Penang FC untuk musim 2023 di pekarangan Stadium Batu Kawan, di sini malam tadi.

Penang FC tampil lebih segar dengan jersi baharu 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Mengekalkan biru sebagai warna tradisi untuk jersi utamanya musim ini, Penang FC bagaimanapun membuat sedikit penambahbaikan untuk tampil lebih segar dan meyakinkan pada musim ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Kopa, Nik Mohd. Iqbal Nik Ibrahim selaku antara individu yang bertanggungjawab dalam menghasilkan jersi baharu untuk skuad Harimau Kumbang itu berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira sebulan untuk menyiapkan rekaan terbaik.

“Untuk jersi ‘home’ (tuan rumah) khususnya, kita mengambil inspirasi negeri dengan memasukkan beberapa elemen kebanggaan warga Pulau Pinang seperti Komtar (Kompleks Tun Abdul Razak) selain logo sedia ada.

“Buat permulaan, kita mengeluarkan sebanyak 2,000 stok jersi baharu ini dengan 1,500 daripadanya tersedia untuk hari ini (malam tadi),” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran jersi baharu itu di pekarangan Stadium Batu Kawan, di sini malam tadi.

Mengulas lanjut, Nik Mohd. Iqbal berkata, ketika ini, hanya jersi ‘home’ berwarna biru dan jersi ‘away’ yang berwarna kuning telah berada di pasaran manakala jersi ketiga masih belum dilancarkan ketika ini.

“Untuk majlis pelancaran ini, kita hanya keluarkan jersi ‘player issue’ yang berharga RM109 dan kita menjangkakan untuk jersi ‘fan issue’ pula, harga jualannya mungkin antara RM50 hingga ke RM65,” ujar beliau.

Difahamkan, kerjasama antara Penang FC dengan Kaki Jersi iaitu anak syarikat kepada Kumpulan Kopa akan berlangsung selama dua musim dan melibatkan penajaan jersi untuk pasukan Liga Super, Liga Simpanan Bawah 23 tahun, skuad Piala Presiden serta Piala Belia negeri ini.

Selain pembelian secara dalam talian iaitu menerusi portal www.kakijersi.com, jersi eksklusif Penang FC musim 2023 juga boleh dibeli di Kopa Arena Penang, Universiti Sains Malaysia (USM), ibu pejabat Kaki Jersi di Batu Caves Selangor dan Kaki Sukan di Universiti Malaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN