fbpx

Jalan Muadzam Shah ibarat jerangkap samar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ROMPIN – Bagaikan jerangkap samar menanti mangsa. Itulah masalah jalan berlubang di Jalan Muadzam Shah-Segamat baru-baru ini.

Setiap hari pasti ada kende­raan yang tayar pancit akibat tidak sedar ‘masuk jerangkap samar’.

Berdasarkan tinjauan Kosmo! di laluan utama Rompin-Pekan-Kuantan mendapati keadaan jalan berlubang begitu banyak khususnya apabila memasuki daerah Rompin sehinggalah ke Tanjung

Gemok yang bersempadan dengan Johor.

Kewujudan banyak lubang menyebabkan kenderaan sukar untuk mengelak apatah lagi ketika hujan dan juga berselisih dengan kenderaan lain.

Ia sekali gus membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang bukan sahaja mengalami kerosakan kereta malah berisiko kemalangan.

Boleh dikatakan lubang-lubang ini ada di sepanjang jalan dan tidak diselenggara.

Paling teruk adalah di persimpangan lampu isyarat bandar Rompin yang menyebabkan pengguna jalan raya tidak dapat mengelak.

Seorang pengguna jalan raya dikenali sebagai Liza berkata, kejadian jalan berlubang yang begitu banyak menyebabkan dia dan keluarganya berasa terseksa dan terbeban kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk menukar tayar kereta.

“Memang seksa sangat rasa­nya Jalan Rompin ini, mana saya hendak tuntut duit baiki tayar hendak buat aduan di mana untuk minta ganti rugi,” jelasnya.

Menurutnya dia berharap isu jalan berlubang ini tidak dipandang sepi oleh kerajaan kerana ia melibatkan kehidupan rakyat yang semakin terbeban.

Dalam pada itu seorang pemandu trak tunda, Amir Mohammad berkata, masalah jalan berlubang sememangnya banyak berlaku di daerah ini yang menyebabkan kerosakan kereta.

“Setiap hari atau dua hari sekali memang ada mangsa tayar pecah,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI