fbpx

Gunung Baling terbakar akibat pembakaran terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Helikopter bomba melakukan 'water bombing' bagi memadam api dan sisa bara api di Gunung Baling yang terbakar sejak petang semalam.

BALING – Kebakaran di Gunung Baling pada petang semalam dipercayai berpunca daripada aktiviti pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk kampung.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Jamil Mat Daud berkata, kebakaran dipercayai bermula dari kaki gunung dan merebak sehingga ke puncak.

Beliau pada masa sama menasihatkan penduduk agar tidak melakukan pembakaran terbuka dan jika melakukannya, ia harus dikawal sepenuhnya agar api tidak merebak ke kawasan lain.

Dalam pada itu, beliau berkata, pemantauan pagi tadi mendapati terdapat dua lokasi yang terbakar, namun asap dari kawasan tersebut didapati hilang pada pukul 11 pagi tadi.

“Pada hari ini, pasukan Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan pemadaman api menggunakan teknik ‘water bombing’ pada pukul 2.45 petang,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, kaedah pemadaman dari udara itu dilakukan bagi memadam keseluruhan api atau sisa bara api yang masih ada.

“Kerja-kerja ‘overhaul’ akan dilakukan di sebelah atas gunung selepas water bombing kawasan kebakaran seluas 100 x 100 meter selesai.

Kosmo! semalam melaporkan kebakaran yang berlaku di Gunung Baling, di sini pada petang semalam dilaporkan semakin marak dan merebak sehingga menghampiri kawasan puncak gunung tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI