JERANTUT – Kejatuhan harga durian musang king akibat lambakan buah berkenaan menyebabkan pekebun dan penjual durian kini mendakwa hanya mendapat keuntungan minima. Namun harga durian Damak king tidak terjejas sebaliknya masih dijual antara RM35 sehingga RM50 sekilogram dalam tinjauan Kosmo! di pekan Damak. Seorang pekebun dan peraih durian, Ahmad Mustapha, 47, berkata, lambakan buah durian musang king menyebabkan dia dan pekebun lain terpaksa menjual dengan harga yang murah serendah RM7 sekilogram. “Memang pekebun merungut harga musang king terlalu rendah berbanding……














