fbpx

Penempatan haram warga asing di Nilai diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN warga asing yang ditahan dalam serbuan yang dilakukan pihak Jabatan Imigresen Malaysia di sebuah penempatan haram warga asing di Nilai, Seremban, awal pagi tadi.-GAMBAR/JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA.

SEREMBAN – Terletak sejauh 1.2 kilometer di dalam hutan malah mempunyai kemudahan sekolah yang mengikut sukatan pendidikan negara jiran merupakan keadaan penempatan haram pendatang asing tanpa izin (PATI) yang diserbu dalam operasi penguatkuasaan bersepadu di Nilai Spring, Nilai di sini awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan, Kennith Tan Ai Kiang berkata, perkampungan warga asing itu terletak di kawasan permukaan yang tidak rata dan berpaya serta dikelilingi besi serpihan jerat dan anjing liar.

“Hasil risikan dijalankan selama sebulan, penempatan ini telah menjadi satu perkampungan yang memiliki kemudahan persekolahan mengikut sukatan pendidikan negara jiran serta dilengkapi beberapa unit set generator sebagai punca kuasa elektrik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, dalam operasi yang turut dibantu pihak Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Pendafataran Negara (JPN) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) itu, seramai 67 orang PATI telah pun ditahan.

“Dalam operasi bermula pukul 1.30 pagi itu, seramai 68 orang warganegara Indonesia telah diperiksa dan hasilnya seramai 67 orang berumur di antara dua bulan hingga 72 tahun terdiri daripada 11 orang lelaki, 20 wanita, 20 kanak-kanak lelaki dan 16 kanak-kanak perempuan telah ditahan.

“Turut dijumpai beberapa senjata tajam seperti lembing dan parang. Kesemua tahanan ini akan ditempatkan di Depot Imigresen Lenggeng, untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI