fbpx

Hulk Hogan didakwa tidak dapat merasai pergerakan kaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hogan membuat penampilan mengejut pada program televisyen gusti popular, RAW XXX di Philadelphia pada minggu lalu. - WWE/YouTube

LOS ANGELES – Legenda sukan gusti, Kurt Angle mendedahkan menerusi program podcast kendaliannya bahawa Hulk Hogan tidak lagi dapat merasakan pergerakan kakinya, lapor akhbar New York Post semalam.

Bekas juara Olimpik itu berkata, Hogan atau nama sebenarnya adalah Terry Gene Bollea memberitahunya di belakang pentas pada pertunjukan pada minggu lalu bahawa dia telah kehilangan rasa ‘pergerakan’ di bahagian bawah badannya.

Angle berkata, bekas ahli gusti terkenal tersebut kini memerlukan tongkat untuk dia berjalan-jalan.

Pendedahan itu telah mengejutkan dunia gusti selepas Hogan yang berusia 69 tahun membuat penampilan mengejut pada program televisyen gusti popular, RAW XXX di Philadelphia pada minggu lalu.

Hogan muncul bersama bekas pengurus, Jimmy Hart, sambil berjalan dengan teruja dan memberi isyarat ke arah orang ramai semasa penampilan dalam program tersebut. Dia bagaimanapun tidak menggunakan tongkat.

Bagaimanapun, Angle berkata, dia bercakap dengan Hogan selama setengah jam di belakang pentas tetapi sehingga kini, Hogan masih belum memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI