fbpx

Dakwa anak dipukul, bapa serang guru dengan kayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular yang dimuat naik oleh @Epinmusa di akaun TikToknya.

PETALING JAYA – Seorang lelaki dipercayai bapa kepada salah seorang murid di sebuah sekolah mengamuk bersenjatakan kayu selepas mendakwa anaknya dipukul oleh seorang guru di sekolah itu.

Kejadian tersebut tular selepas sebuah hantaran video daripada pengguna TikTok @Epinmusa merakamkan lelaki yang memakai topi dan berbaju ungu dilihat memaki hamun dua orang guru yang berada di tapak perhimpunan.

Dalam masa yang sama, dua orang guru terbabit dilihat berusaha menenangkan bapa yang memegang kayu tersebut daripada melakukan perkara yang tidak diingini.

Berita berkaitan: Lelaki mengamuk di sekolah hanya lakonan keselamatan

Keadaan dilihat terkawal selepas lelaki yang memegang kayu itu melarikan diri daripada tapak perhimpunan tersebut.

Bagaimanapun lokasi, masa dan kesahihan kejadian masih belum dapat dikenal pasti.

Kosmo! berusaha menghubungi @epinmusa untuk mendapatkan maklumat lanjut, namun masih belum ada sebarang respons. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI