fbpx

Pelantikan Nurul Izzah disifatkan sebagai kronisme, nepotisme

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Izzah (kiri) dan Anwar (kanan).

PETALING JAYA – Pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan di Jabatan Perdana Menteri mengundang pelbagai spekulasi sekali gus disifatkan sebagai kronisme dan nepotisme.

Ia berikutan, Nurul Izzah merupakan anak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan.

Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan (DPPK), Mohammad Kamal Mohamed berkata, posisi penting itu perlu dilihat secara profesional atau fungsinya kerana boleh mempengaruhi (tugas) Perdana Menteri, malah Menteri Ekonomi.

“Apakah indikator kelayakan yang dijustifikasikan PM-10 (Perdana Menteri) dalam menamakan (Nurul Izzah) selaku Penasihat Kanan Kewangan dan Ekonomi?

“Adakah hanya sebab beliau anak perempuan Perdana Menteri yang satu-satunya secara langsung terjun ke bidang politik?

“Apapun sebab yang cuba dijustifikasikan, (Anwar Ibrahim) buat kesekian kalinya melakukan apa yang beliau sendiri tentang dalam siri reformasi 1998 iaitu kronisme dan nepotisme,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Mohammad Kamal turut mempersoalkan adakah pelantikan Nurul Izzah juga membuktikan bahawa beliau lebih baik daripada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Terdahulu, media mengesahkan Nurul Izzah telah dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan Perdana Menteri yang memulakan khidmatnya pada 3 Januari lalu.

Dalam perkembangan berbeza, Ahli Parlimen Tambun, Anwar Ibrahim menjelaskan pelantikan Nurul Izzah dibuat berdasarkan kelayakannya.

Beliau berkata, anaknya itu mempunyai ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan dan ijazah kedua dalam dasar awam dan sosial dari Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI