fbpx

Lelaki mental: Maut semasa bergelut dengan pengawal keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian seorang lelaki maut selepas mengamuk di Masjid Pulau Melaka, Kota Bharu semalam. FOTO ROHANA MOHD. NAW

KOTA BHARU – Seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental disahkan maut semasa bergelut dengan pengawal keselamatan selepas mengamuk di kawasan Masjid Pulau Melaka di sini semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan mendapati, kejadian berlaku kira-kira pukul 6.30 petang apabila mangsa selesai menunai solat asar di dalam masjid itu dan kemudian mengamuk sebelum pengawal keselamatan yang bertugas datang menahan lelaki tersebut sehingga berlaku pergelutan antara mereka.

“Semasa berlaku pergelutan, beberapa pelajar Maahad Tahfiz Tok Guru telah membantu pengawal keselamatan itu. Selepas berjaya menahan mangsa, pelajar tahfiz itu telah melaporkan kejadian tersebut kepada polis dan setibanya anggota polis di lokasi, mangsa berada dalam keadaan terbaring dan sudah meninggal dunia sebelum dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Muhamad Zaki, siasatan lanjut mendapati, sebelum mengamuk di masjid itu, mangsa dikatakan telah melakukan perbuatan sama dan mencederakan neneknya di Pasir Puteh sebelum keluar dari rumah.

Katanya, ibu mangsa juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh kelmarin.

“Sehubungan itu, pengawal keselamatan yang berusia 32 tahun direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan, manakala 12 orang saksi termasuk pelajar tahfiz, warden asrama tahfiz dan tukang masak telah dipanggil ke IPD Kota Bharu untuk memberi keterangan berhubung kejadian itu,” katanya.

Tambah Muhamad Zaki, kes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dengan salah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.