fbpx

Bergaduh dengan madu, biar polis siasat – Fyna Jebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Enggan mengganggu siasatan polis, penyanyi Fyna Jebat menolak mengulas isu pergaduhan dengan madunya yang juga isteri pertama bekas jurulatih bola sepak terkenal, Datuk Zainal Abidin Hassan, Datin Zalina Zaini.

Penyanyi berusia 30 tahun yang juga adik kepada Ayda Jebat itu berkata, dia hanya menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berwajib untuk tindakan susulan.

“Tiada apa yang boleh diperkatakan lagi. Biar isu ini diserahkan kepada siasatan pihak berkuasa,” katanya kepada Kosmo! Online.

Pemilik nama sebenar Nur Syafinaz Jebat itu ditemui selepas program Famili Duo, di Plaza Alam Sentral, di sini, malam tadi.

Terdahulu, Fyna dan isteri pertama bekas jurulatih Penang FC dan Melaka United itu didakwa terbabit dalam satu pergaduhan di sebuah restoran di Seksyen 9, Shah Alam, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim mengesahkan mengenai kejadian itu selain memaklumkan kedua-dua pihak telah tampil membuat laporan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh di tempat awam).

Fyna yang mengesahkan pernikahan dengan Zainal berkata, fokusnya kini adalah membuat persediaan menghadapi pertandingan akhir Famili Duo, Ahad ini.

Pada malam konsert separuh akhir Famili Duo, Fyna dan kakaknya, Ayda Jebat berjaya mara ke pentas final bersama tiga lagi pasangan duo bagi merebut hadiah wang tunai RM100,000.

Pasangan adik-beradik itu juga dinobatkan sebagai juara minggu ketujuh, sekali gus membawa pulang ganjaran berjumlah RM10,000.

Fyna dan Ayda yang menduduki senarai teratas secara keseluruhan sepakat berkongsi kemenangan mingguan tersebut bersama dua lagi pasangan, Sabhi dan Fareed serta Sissy dan Naim.

Peserta duo lain yang layak berentap pada persaingan akhir ialah Zaki Yamani dan Yamani Abdillah di kedudukan kedua.

Sementara tempat ketiga serta keempat, masing-masing memihak kepada pasangan Sissy dan Naim serta Bella Astillah dan Wani Kayrie. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI