fbpx

Mahkamah: 14 lelaki mengaku tidak bersalah curi, hapus kabel TM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERAMAI 14 individu ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret George Town, hari ini. FOTO Iqbal Hamdan

GEORGE TOWN – Seramai 14 individu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencuri dan menghapuskan kabel milik Telekom Malaysia (TM) awal bulan ini.

Bagaimanapun, kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret R. Manomani.

Mengikut pertuduhan pertama, seramai 11 tertuduh didakwa telah mencuri kabel milik Telekom Malaysia pada pukul 5 pagi 10 Januari lalu, di persimpangan lampu isyarat Tanjung Bunga yang terdiri daripada Mohd. Danial Mohd. Nasib,42; Mohd. Helmie Iswandi Ismail, 40; Muhamad Faiz Yahaya, 31; Mohd. Hishammudin Mohd.Razak, 45; Muhammad Farhan Ridzuan, 31 dan Muhammad Zulfaqar Ismail, 31.

Turut didakwa atas pertuduhan sama ialah Syed Hasnisham Syed Hassan,37; Abdul Wafi Fazil, 38; Muhamad Ridzuan Jamaludi, 36; Ahmad Finhas Fazil, 40 dan Muhammad Nasrul Mohamas Rashidey, 30.

Kesemua mereka didakwa mengikut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.

Bagi pertuduhan kedua pula, 11 tertuduh yang sama termasuk tiga lagi tertuduh iaitu, Sande Baijuri Abd. Rahman, 40; Ahmad Zulaswad Ismail, 36 dan Muhamad Fauzal Roselan, 27, didakwa dengan sengaja menolong menghapuskan harta curi iaitu kabel milik TM.

Kesemua tertuduh yang antaranya bekerja sebagai sub kontraktor, pengawal keselamatan, penternak ikan, penjual vape, kerani dan lain-lain didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Akta yang sama.

Mahkamah kemudiannya memerintahkan tertuduh-tertuduh diberi jaminan sebanyak RM2,000 bagi pertuduhan pertama manakala jaminan bagi pertuduhan kedua ditetapkan RM1,500 dengan seorang penjamin. Mahkamah turut menetapkan 15 Mei depan untuk sebutan semula kes berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI