fbpx

Muqharabbin letak jawatan Exco Pemuda UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Muqharabbin (kiri) bersama Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Asyraf Wajdi Dusuki.

PETALING JAYA – Exco Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin mengumumkan untuk melepaskan jawatan berkenaan serentak di Peringkat Pusat dan bahagian Lembah Pantai, hari ini.

Muhamad Muqharabbin atau lebih dikenali dengan panggilan Qobin memaklumkan perkara itu menerusi akaun Facebooknya pagi tadi.

“Bismillah, saya lepaskan jawatan sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai serta merta.

“Terima kasih buat semua sahabat. Kita tetap bersahabat dulu kini selamanya. Saya hormati parti dan hormati juga keputusan saya bersama. Allah masih ada,” tulisnya di dalam hantaran tersebut.

Tegasnya, tiada guna beliau sebagai anak muda terus berada di dalam parti UMNO kerana mendakwa parti itu dipimpin individu tidak bertanggungjawab.

Malam tadi, beberapa nama besar juga telah dilucutkan jawatan dari parti tersebut selepas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung malam tadi.

Antaranya ialah bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar.

Empat lagi ahli antaranya, Shahril Hamdan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Maulizan Bujang serta Datuk Salim Shariff telah digantung keahlian. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI