fbpx

Kejar 30 minit sebelum tangkap 29 PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN PATI yang ditahan pihak Maritim Malaysia di dalam sebuah bot pancung selepas disyaki memasuki negara melalui jalan tidak sah di perairan Tanjung Rhu, Selangor kira-kira pukul 10.30 malam semalam.-GAMBAR/MARITIM MALAYSIA.

PORT DICKSON – Seorang tekong bersama tiga awak-awak yang membawa seramai 29 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan kerana disyaki memasuki negara ini melalui jalan tidak sah, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 malam tadi di posisi lebih kurang 3.1 batu nautika barat daya Tanjung Rhu, Selangor.

Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Iskandar Ishak berkata, tangkapan tersebut dilakukan sejurus menerima pengesanan dari radar Sistem Pengawasan Laut (Swasla) Maritim Malaysia mengenai pergerakan satu kontak curiga pada pukul 9.20 malam hari yang sama.

“Ketika kejadian, aset Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan Op Murni telah bergegas ke lokasi pengesanan dan mendapati sebuah bot pancung berada di lokasi dan cuba melarikan diri.

“Pihak berkuasa mengejar selama 30 minit sebelum bot pancung itu berjaya ditahan. Bot pancung tanpa nombor pendaftaran itu menggunakan tiga enjin sangkut jenis Yamaha 200 kuasa kuda,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan mendapati seramai 33 orang terdiri daripada 21 lelaki dan 12 wanita warga Indonesia serta Myanmar berusia antara 18 hingga 62 tahun termasuk tekong dan awak-awak berada dalam bot tersebut dan mereka gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri.

“Bot bersama kesemua mereka ditahan dan diiring masuk ke jeti Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan untuk tindakan selanjut,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI