fbpx

Suspek samun kedai makan di Kuching dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar dari video yang tular menunjukkan salah seorang suspek mengacukan parang ketika menyamun sebuah kedai makan di Jalan Stutong, pada Selasa lalu.

KUCHING – Polis berjaya menangkap salah seorang suspek yang melakukan samun dengan bersenjatakan parang di sebuah kedai makan di Jalan Stutong, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata lelaki berusia 35 tahun itu dicekup oleh Cawangan D9 Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching kira-kira pukul 9.30 malam tadi di sebuah rumah di sini.

“Suspek telah dibawa ke Mahkamah Kuching pada pukul 9 pagi tadi untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah. Usaha mengesan rakan suspek sedang giat dijalankan.,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan IPD Kuching, hari ini.

Dalam kejadian yang dilaporkan kira-kira pukul 4.55 pagi Selasa lalu, suspek bersama seorang lagi rakan telah menyamun sebuah kedai makan di Jalan Stutong, dengan bersenjatakan parang.

Video mengenai kejadian turut tular di media sosial, dengan mereka menaiki sebuah kereta Perodua Kelisa berwarna putih.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI