fbpx

Tekad buka kedai walaupun air naik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah keluarga menjamu selera di Restoran Bawah Kolong di Kampung Melayu 2 Kluang walaupun dinaiki air banjir.

KLUANG – Pemilik sebuah kedai makan tekad membuka kedainya kepada orang ramai walaupun air mula naik seawal pukul 7 pagi tadi.

Menurut Sulastri Kasiman, 40, Restoran Bawah Kolong di Kampung Melayu 2 yang diusahakannya sejak 10 tahun itu tidak lekang daripada masalah dinaiki air namun kebanyakannya hanya banjir kilat sahaja.

Katanya, kali ini agak lama dan sudah melebihi lima jam air bergenang di tempat makan namun tidak menghalang orang ramai daripada datang untuk menjamu selera di kedai makan ini.

“Pekerja sudah mula memasak lauk pauk pada pukul 5.30 pagi kerana tidak menyangka air akan naik walaupun menyedari hujan sudah turun sekitar pukul 2 pagi.

“Selepas selesai masak, pekerja memaklumkan air sudah melimpah dari longkang di sekeliling kedai menyebabkannya mula menggelami sebahagian kawasan ruang makan,” Katanya ketika ditemui hari ini.

Menurut Sulastri lagi, walaupun keadaan cuaca yang masih hujan sekarang, pihaknya bercadang untuk meneruskan membuka kedai hingga malam nanti.

Ujarnya, esok samada buka atau tidak masih bergantung pada keadaan cuaca dan air hari ini, namun jika masih mengizinkan kedai akan dibuka seperti biasa.

Sementara itu, Mohd. Maizatul Nahar Johari, 43, dari Kota Tinggi berkata, soal makan dalam banjir tidak menjadi masalah kepada mereka.

Katanya, pengalaman seperti ini amat berharga kerana bukan mudah untuk mendapat suasana makan sambil kaki berendam dengan air.

“Yang penting sekali adalah lauk masakannya sedap serta banyak pilihan, makan berendam kaki berendam dengan air banjir itu adalah perkara ke dua,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI