fbpx

Ketua Menteri India tanya siapa Shah Rukh Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shah Rukh Khan (kiri) dan Himanta Biswa Sarma (kanan). - Hindustan Times

NEW DELHI – Ketua Menteri negeri Assam, Himanta Biswa Sarma mengemukakan soalan: “Siapakah Shah Rukh Khan (SRK)?”, sebagai jawapan ringkas kepada pertanyaan pemberita berhubung sekumpulan perusuh yang menyerbu sebuah pawagam yang menyiarkan filem Hindi terbaharu, Pathaan di bandar raya Guwahati, lapor agensi berita Press Trust of India semalam.

Media telah menimbulkan persoalan mengenai protes ganas oleh aktivis kumpulan Bajrang Dal kerana menyerbu sebuah pawagam di Narengi yang terletak di bandar raya Guwahati Jumaat lalu di mana filem itu dijadualkan akan ditayangkan. 

Aktivis-aktivis tersebut mengoyak poster filem itu dan membakarnya. Filem Pathaan menerima kecaman daripada sebilangan kumpulan kerana ia memaparkan babak aktres Deepika Padukone memakai bikini ketika menyanyikan lagu Besharam Rang.

Ramai pemimpin termasuk dari kumpulan nasionalis Hindu, Vishwa Hindu Parishad telah menuntut pengharaman filem itu.   

“Siapa Shah Rukh Khan?” soal Biswa Sarma ketika ditanya oleh wartawan mengenai kejadian rusuhan tersebut.

Bagaimanapun, selepas beliau membuat kenyataan tersebut, laman berita India.com melaporkan bahawa SRK kemudian menghubunginya menerusi telefon.

Ketua Menteri itu membuat ciapan di Twitter bahawa SRK telah menelefonnya dan melahirkan kebimbangan mengenai insiden di Guwahati.

Beliau kemudian memberi jaminan kepada pelakon Bollywood popular itu bahawa menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk mengekalkan undang-undang dan ketenteraman awam. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI