fbpx

Trafik sesak, kenderaan bertambah ekoran pengguna manfaat tol percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Aliran trafik dilaporkan perlahan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuh Raya Utara-Selatan ekoran pertambahan kenderaan sempena cuti sekolah dan Tahun Baharu Cina.

Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) menerusi laman Facebooknya memaklumkan, trafik perlahan bermula dari Timur melibatkan Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ke Plaza Tol Gombak dan Hentian Gombak ke Genting Sempah pada pukul 2.55 petang tadi.

“Trafik juga perlahan dari Bukit Tinggi ke Bentong dan sebelum memasuki Plaza Tol Karak,” katanya.

LLM turut memaklumkan, kesesakan juga turut berlaku di Lebuh Raya Utara-Selatan pada pukul 2.58 petang tadi.

“Arah selatan melibatkan Nilai Utara ke Hentian Sebelah Senawang, Pedas Linggi ke Hentian Sebelah Pedas Linggi dan Ayer Keroh ke Jasin.

“Manakala, dari arah utara pula melibatkan Simpang Renggam ke Machap dan Senai ke Sedenak,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI