fbpx

Bidaan Ford Escort Mexico 1972 cecah RM111,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ford Escort Mexico ini mempunyai jarak pemanduan kurang 59,546 kilometer dan berwarna coklat metalik. - Bidding Classics

LONDON – Sebuah kereta klasik jenis Ford Escort Mexico kini dilelong pada harga bidaan mencecah £21,000 (RM111,237), lapor akhbar The Sun kelmarin.

Ford Escort Mexico keluaran tahun 1972 itu merupakan satu daripada hanya enam buah kereta model tersebut yang pernah dihasilkan.

Meskipun kebanyakan model tersebut mempunyai dua pintu, enam daripadanya mempunyai empat pintu tulen yang dipasang secara rasmi.

Seorang pakar kereta Escort, Dan Williamson menerusi bukunya yang bertajuk Factory Original Sporting Mk1 Escorts berkata, sebuah Ford Escort Mexico dengan empat pintu dikekalkan oleh Ford, sebuah lagi dijual kepada seorang pelanggan manakala empat lagi digunakan sebagai kereta polis di Jersey, England.

Kesemua kenderaan itu mempunyai spesifikasi penuh model Mexico dan dikuasakan oleh enjin Crossflow 1.6 liter.

Sementara model yang akan dilelong itu telah dibaik pulih sepenuhnya dan dikatakan berada dalam keadaan seperti disimpan di muzium.

Ia mempunyai jarak pemanduan kurang 59,546 kilometer dan berwarna coklat metalik.

Lelongan yang dijalankan oleh laman jualan kereta online, Bidding Classics itu berlangsung sehingga 22 Januari depan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI