fbpx

Ketua Hakim Negara hadir Pembukaan Tahun Undang-Undang 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTRAJAYA - Tengku Maimun (kiri) semasa memasuki dewan pada majlis Pembukaan Tahun Undang-Undang 2023 di PICC di sini, hari ini.

PUTRAJAYA – Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, hadir pada Pembukaan Tahun Undang-undang 2023 di sini, hari ini.

Jika tahun lalu majlis diadakan di Istana Kehakiman, tahun ini majlis terulung perundangan tersebut diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Seramai 600 orang terdiri daripada hakim, pegawai dan pengamal undang-undang hadir pada majlis hari ini.

Majlis dimulakan dengan perarakan masuk oleh hakim-hakim dengan Tengku Maimun yang juga hakim tertinggi paling akhir memasuki dewan.

Atucara majlis kemudian diteruskan dengan ucapan daripada Yang Dipertua Badan Peguam Negara Malaysia (juga mewakili Pertubuhan Undang-Undang Sabah dan Persatuan Peguam Bela Sarawak), diikuti Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI