fbpx
IBU kota sentiasa dipenuhi warga asing setiap kali cuti umum ketika tinjauan di sekitar Jalan Tun Tan Siew Sin, Kuala Lumpur semalam. – MUHAMAD IQBAL ROSLI

‘Rasa macam berada di negara lain’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Lambakan warga asing khususnya di sekitar ibu negara dilihat semakin membimbangkan apabila ada dalam kalangan mereka bertindak sesuka hati tanpa mematuhi norma masyarakat setempat.

Tinjauan Kosmo! di ­sekitar Pasar Seni, di sini semalam, mendapati, golongan tersebut membanjiri lokasi tumpuan ramai pelancong dan pusat bandar sempena cuti umum Maal Hijrah.

Seorang bekas guru, Tini Mazlee, 52, berkata, kehadiran warga asing yang semakin ramai memberi impak kurang baik kepada imej negara terutama dari aspek kebersihan dan pematuhan terhadap norma masyarakat setempat.

“Terdapat segelintir warga a­sing yang dilihat tidak menjaga kebersihan awam selain bertindak sesuka hati sehingga mencemarkan imej negara yang selama ini terkenal dengan budaya sopan santun dan adab ketimuran.

“Mereka datang mencari rezeki, namun lama-kelamaan ada yang bertindak seolah-olah Malaysia ini negara mereka sendiri. Itu yang saya rasa tidak baik untuk imej negara,” katanya di sini semalam.

Pandangan sama turut dikongsi seorang guru, Ixora Jazmine, 53, yang menyifatkan kelemahan penguatkuasaan menjadi antara faktor yang menyebabkan sesetengah warga ­asing berani membuka perniagaan dan me­netap secara berlebihan sehingga melangkaui tujuan asal kemasukan mereka ke negara ini.

“Terdapat kes melibatkan warga asing yang pada awalnya hanya menyewa kediaman, namun akhirnya menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi sehingga mewujudkan komuniti sendiri tanpa kawalan yang mencukupi.

“Mereka datang untuk be­kerja tetapi selepas itu terus menetap dan buat macam tempat dia sendiri. Bila dah rasa macam tempat sendiri, mula timbul pelbagai masalah yang sepatutnya tidak berlaku,” ujarnya.

Sementara itu, seorang peniaga, Zulhaizat Abdullah, 46, me­ngakui kehadiran warga asing mempunyai sisi positif kerana membantu menjana ekonomi, namun menegaskan penguatkuasaan perlu diperketat bagi memastikan semua pihak mematuhi undang-undang negara.

“Orang datang mahu lihat rakyat tempatan dan budaya Malaysia. Kalau terlalu ramai warga asing, sudah tentu ia menimbulkan pelbagai persepsi terhadap negara kita,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN