fbpx

Wanita meninggal dunia dalam Perodua Axia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba melakukan operasi untuk mengeluarkan seorang wanita yang terperangkap di dalam kereta di Jalan Sinurambi, Tambunan pagi tadi. -Foto: Ihsan Bomba-

TAMBUNAN – Seorang wanita ditemui mati di dalam sebuah kereta jenis Perodua Axia di Jalan Sinurambi di sini pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat itu pada pukul 5.41 pagi.

“Empat pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan digerakkan ke lokasi untuk menjalankan pemeriksaan.

“Pihak kami mendaati pintu kereta terkunci dan terdapat seorang mangsa terperangkap di dalamnya.

“Pasukan bomba kemudinnya membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa,” katanya dalam kenyataan.

Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pasukan polis yang tiba di lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI