fbpx

Suami isteri, empat lelaki didakwa perdagangkan kanak-kanak, rogol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sepasang suami isteri dan empat lelaki yang dituduh atas kesalahan melakukan perbuatan kesalahah seksual terhadap seorang kanak-kanak bawah umur dibawa keluar dari kamar Mahkamah Sesyen Temerloh di Temerloh hari ini.

TEMERLOH – Sepasang suami isteri berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Temerloh atas tuduhan memperdagangkan seorang kanak-kanak berusia 14 tahun untuk eksplotasi seks antara April hingga September tahun lalu.

Bagaimanapun tertuduh, Mohd Rizal Hamzah, 38 dan Intan Wahidah Mohd Nor, 47, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Jamaludin Mat.

Masing-masing didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeledupan Migran 2007 yang dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Menurut kertas pertuduhan Mohd Rizal berdepan dengan lapan pertuduhan, manakala Intan Wahidah didakwa di atas tujuh pertuduhan melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Bera.

Mohd Rizal yang merupakan penganggur didakwa di atas pertuduhan merogol mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan, dua pertuduhan atas kesalahan perbuatan amang seksual (Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak dan satu pertuduhan kesalahan perbuatan luar tabii (Seksyen 377C Kanun Keseksaan).

Mohd Rizal juga didakwa atas tiga tuduhan melakukan pengantunan (sexual grooming) iaitu berkomunikasi dengan kanak-kanak tersebut dengan niat untuk memudahkan perlakuan rogol mengikut Seksyen 12(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Sementara itu, ibu kepada enam anak, Intan Wahidah yang tidak bekerja berdepan lima pertuduhan lain mengikut Seksyen 12(1) serta satu pertuduhan lagi mengikut Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Faizah Khalilah Zaberi dan Afidatul Azwa Kamarul Anuar manakala tertuduh diwakili peguam Aida Rahayu Abd. Rahman.

Hakim kemudian menetapkan wang jaminan keseluruhan sebanyak RM35,000 bagi Mohd Rizal dan jaminan RM29,000 bagi Intan Wahidah masing-masing dengan seorang penjamin bercagar beserta syarat tambahan, tidak boleh mengancam ganggu mangsa dan keluarga mangsa.

Dalam pada itu, empat lelaki lain turut dihadapkan di mahkamah yang sama atas tuduhan merogol dan mencabul kanak-kanak bawah umur yang sama.

Tertuduh ialah Mohd Ismail Burhan, 42; Ahmad Rudzuan Ismail, 41; Mohd Abdul Hafis Endut, 37 dan Kamaruzaman Nasir, 57.

Hakim menetapkan 1 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula dan pengurusan kes.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI