fbpx

UMNO tak berhasrat jemput parti Kerajaan Perpaduan ke PAU2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid.

PETALING JAYA – UMNO tidak berhasrat untuk menjemput pimpinan tertinggi parti-parti gabungan yang terdapat dalam Kerajaan Perpaduan bagi menghadiri perhimpunan agung parti itu yang dijadualkan pada 11 Januari nanti.

Sebaliknya Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti berkemungkinan hanya akan menghantar jemputan kepada setiausaha agung setiap parti gabungan dalam kerajaan.

“Untuk Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU) akan datang kita belum berhasrat untuk jemput parti-parti di dalam kerajaan untuk hadir di dalam majlis ucapan dasar dan perasmian.

“Tetapi kita akan buat juga jemputan, mungkin pada peringkat awal pada setiausaha agung daripada parti-parti gabungan dalam kerajaan perpaduan,” katanya dalam satu majlis di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Putrajaya hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, beliau terbuka untuk dicabar oleh sesiapa sahaja yang berhasrat untuk memegang jawatan nombor satu parti itu pada pemilihan parti akan datang.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, ia bagi memberi peluang kepada kira-kira 160,000 perwakilan untuk memilih pucuk pimpinan parti khususnya bagi jawatan presiden dan timbalan presiden.

“Terserah kepada perwakilan parti untuk membuat pilihan masing-masing, sekali gus menentukan hala tuju parti bagi memastikan Umno kekal relevan di pentas politik.

“Kuasa mutlak adalah kuasa perwakilan yang mewakili cawangan dan bahagian masing-masing di seluruh negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI