fbpx

Kerakyatan Indonesia cuma gurauan – Baby Shima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BABY SHIMA

PETALING JAYA – Susulan penyebaran sepotong video pendek mempamerkan seolah-olah kad pengenalan (KTP) Indonesia memaparkan wajah dan namanya, penyanyi sensasi Baby Shima ambil pendekatan sinis dengan mengucapkan ‘tahniah’ kepada penyunting video terbabit.

Katanya, tindakan penyunting juga pemilik akaun TikTok terbabit mencetuskan salah faham ramai apanila membuat suntingan wawancara dalam program hiburan di Indonesia bulan lalu seolah-olah berniat mahu menjatuhkan dirinya.

“Saya pun tak faham kenapa baru sekarang rakaman temu bual program Pagi-Pagi Ambyar kendalian Rian Ibram yang saya jalani bulan lalu dimuatnaik sekarang.

“Peminat lain pula maklumkan sebenarnya hanya bahagian untuk bahan sensasi saja dikongsi dalam TikTok individu tersebut yang kemudian disahkan oleh pengurusan saya.

“Sebenarnya saya pun tak terasa apa kerana mereka yang menonton program tersebut sampai habis maklum saya bergurau mempamerkan kad kononnya KTP Indonesia itu.

“KTP yang saya keluarkan dari poket adalah Kad Tanda Pahlawan (KTP) Orang Baik Indonesia yang dihasilkan sendiri, tiada kaitan pun dengan soal kerakyatan.

“Tak sangka pula ada ‘pembaris’ percaya gurauan tersebut dan rajin buat suntingan sebagai modal naikkan ‘view’ dan dorong orang lain hentam saya. Tahniah,” katanya kepada Kosmo! Online.

Bagaimanapun, pemilik nama penuh Nor Ashima Ramli, 31, itu mengakui memang pernah terdetik ingin berhijrah ke Indonesia memandangkan dirinya tidak disenangi segelintir pihak di Malaysia.

Penyanyi dangdut itu menyatakan ia bukan bermakna dia tidak menghargai negara sendiri, sebaliknya tetap meletakkan tanah tumpah darah di tempat teratas dalam hati.

Cuma dia hairan kerana netizen masih sibuk mahu mengambil tahu perkembangan dirinya biarpun mereka tidak menyenanginya.

“Pelik sungguh sebab ketika saya berada di Malaysia, mereka halau dengan menyuruh saya pergi Indonesia, bila kata ada KTP persoalkan pula.

“Apa yang mereka mahukan sebenarnya atau mereka memang tidak boleh lupakan saya?

“Saya tetap macam tahun sebelum fasa pandemik. Sentiasa berulangalik antara Malaysia dan Indonesia bagi memenuhi undangan pentas dan program televisyen.

“Sebenarnya saya sekarang berada di Jakarta, sebelum terbang pula ke Palembang bagi menjayakan acara sambutan malam tahun bahau (kelmarin). Alhamdulillah,” katanya.

Terdahulu, dalam rancangan hiburan siaran Trans TV itu Shima ditanya sana ada sudah menjadi rakyat Indonesia dan dia terus mengeluarkan kad yang kononnya KTP.

“Iya, Shima sudah jadi orang Indonesia ‘kok’. Shima udah ada KTP,” katanya dalam program yang turut dikendalikan penyanyi terkenal, Dewi Persik.

Begitupun, ramai peminat Indonesia meninggalkan komen mengalu-alukan berita yang disifatkan sebagai khabar gembira buat mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI