fbpx

FAM enggan Sato adili Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SATO mencetuskan kontroversi ketika mengadili perlawanan melibatkan skuad negara menentang Vietnam pada saingan Piala AFF di Hanoi Selasa lalu. – AFP

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat permintaan agar pengadil dari Jepun, Ryuji Sato tidak lagi dipilih selaku pengadil mana-mana aksi antarabangsa melibatkan skuad Harimau Malaya pada masa akan datang.

Sebagai rekod, prestasi Sato dikritik hebat oleh penyokong bola sepak tanah air susulan beberapa keputusan kontroversi yang dilakukan ketika pasukan tewas 0-3 kepada Vietnam pada aksi Kumpulan B saingan Piala AFF di Hanoi, Selasa lepas.

Malah, saingan tersebut menjadi aksi kedua berturut-turut kem negara menjadi mangsa Sato selepas aksi kelayakan Piala Asia 2023 turut melibatkan aksi menentang Vietnam pada Jun tahun lalu.

Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman mengesahkan, hasrat agar Sato tidak lagi dipilih selaku pengadil membabitkan perlawanan Harimau Malaya di­nyatakan dałam surat rasmi yang dihantar kelmarin.

“Kita telah hantar surat rasmi dengan rakaman video Sato dan berharap Jawatankuasa Pengadil Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) membuat pertimbangan semula.

“Meskipun keputusan tidak berubah, tetapi sekurang-kurangnya untuk apa yang berlaku dijadikan iktibar pada masa akan datang.

“Kalau dalam bahasa mudah difahami, kita (FAM) tidak mahu Ryuji mengadili perlawanan membabitkan Malaysia agar isu seumpama ini tidak berulang lagi. Bila kita hantar laporan rasmi itu harap AFF fahamlah,” katanya ketika ditemui kelmarin.

Pada aksi di Stadium My Dinh itu, Sato telah melayangkan kad merah kepada pertahanan negara, Azam Azmi Murad selain menghadiahkan penalti kepada skuad Naga Emas untuk mereka meraih kemenangan selesa 3-0.

Seperti mengakui kesilapan yang dilakukannya, Sato telah mengeluarkan kenyataan dan permohonan maaf menerusi laman Instagram peribadinya pada Rabu lepas apabila dikecam hebat oleh penyokong bola sepak negara.

Peluang skuad kebangsaan untuk mara ke pusingan separuh akhir Piala AFF 2022 masih lagi terbuka, tetapi dengan syarat perlu menewaskan Singapura pada aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI