fbpx
JEPUN membariskan skuad paling konsisten berbanding empat edisi lalu apabila mengakui mereka membuat persiapan paling rapi. - AFP

Piala Dunia 2026: Keyakinan Jepun paling stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANSAS – Jepun hadir ke saingan Piala Dunia 2026 kali ini dengan harapan yang cukup besar selepas mempamerkan peningkat yang cukup memberangsangkan dalam tempoh tiga tahun terakhir.

Skuad Samurai Biru itu memiliki rekod yang cukup baik apabila mencatat kemenangan dalam enam aksi persahabatan terakhir termasuk menewaskan Brazil dan England sekali gus meningkatkan keyakinan menjelang aksi pertama menentang Belanda awal pagi esok

Pemilihan pemain kali ini menyaksikan pengendali pasukan, Hajime Moriyasu membawa 25 pemain yang berpangkalan di Eropah sekali gus memberi jaminan terhadap kualiti, pengalaman dan keyakinan yang mampu diserlahkan oleh Jepun.

Bintang sensasi mereka, Takefuso Kubo percaya Jepun akan mendapat manfaat daripada tempoh persiapan yang lebih panjang berbanding Piala Dunia di Qatar empat tahun lalu yang berlangsung di tengah-tengah musim bola sepak Eropah.

“Tidak seperti sebelum ini, kami hanya dapat bermain dalam satu perlawanan persahabatan di Jepun sebelum memasuki kem latihan. Saya rasa kami mempunyai lebih banyak masa untuk membuat persiapan.

“Sebagai satu pasukan kami mampu mempamerkan lebih banyak kemampuan sebenar kami.Secara peribadi dan sebagai satu pasukan, saya mahu mencapai keputusan yang lebih baik daripada sebelum ini,” katanya.

Menjelang aksi menentang Belanda, Jepun menerima berita baik apabila pemain pertahanan, Takehiro Tomiyasu berjaya pulih sepenuhnya selepas dua tahun gagal beraksi secara konsisten ekoran masalah kecederaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN