fbpx

Lori pakai lampu strobe antara dikesan di P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA JPJ Pulau Pinang memeriksa sebuah lori dalam operasi penguatkuasaan baru-baru ini.

SEBERANG PERAI – Penggunaan lampu stroboskopik atau strobe tanpa kebenaran antara kesalahan yang dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri susulan beberapa operasi penguatkuasaan yang dijalankan di Pulau Pinang sepanjang minggu ini.

Menurut JPJ negeri dalam satu kenyataan, penguatkuasaan di bawah kendalian Unit Penguatkuasan Lebih Muatan ( UPLM ) itu memfokuskan kenderaan perdagangan khususnya lori yang membawa lebih muatan selain pelbagai kesalahan lain melibatkan kenderaan perkhidmatan barangan (KPB).

Menurutnya, ini bagi mengesan pelbagai kesalahan di bawah KPB yang gagal mematuhi Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, Kaedah-kaedah Pembinaan dan Penggunaan (C&U) 1959 dan Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

“Selain kesalahan membawa lebih muatan melebihi had dibenarkan di bawah Seksyen 57(1) (b) (iv) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 serta kesalahan di bawah Kaedah 89 MV (C&U) 1959, pelbagai kesalahan teknikal turut dikesan.

“Antaranya ialah mengubahsuai kenderaan tanpa kebenaran, tayar haus berlebihan, lampu brek dan isyarat tidak berfungsi serta cermin gelap tidak mengikut spesifikasi yang dibenarkan.

“Kesalahan lain ialah tiada memiliki lesen memandu dan Lesen Memandu Kenderaan Perkhidmatan Barangan ( GDL), Lesen Kenderaan Motor ( LKM ) serta lnsurans dan ‘disk’ Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) yang tamat tempoh,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, JPJ negeri memberitahu, penguatkuasaan secara berfokus dan berterusan bertujuan memastikan pemandu dan pengusaha KPB yang beroperasi di negeri ini mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa.

Pada masa sama katanya, penguatkuasaan yang diadakan secara menyeluruh di negeri ini adalah bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI