fbpx

Lapan planet sebaris dengan bulan lewat petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambaran imej menunjukkan lapan planet berada selari dan dapat dilihat pada lewat petang ini.

PUTRAJAYA – Para peminat astronomi tempatan tentunya teruja apabila buat julung kalinya dapat melihat kesemua planet dalam sistem suria sejak semalam.

Berita gembira tersebut disahkan pakar falak tanah air, Shahrin Ahmad menerusi laman media sosial beliau semalam hingga turut menjadi tular dalam kalangan netizen.

“Sehari, dua ini, kita berpeluang melihat sesuatu yang amat jarang berlaku apabila semua planet termasuk paling jauh iaitu Pluto boleh dilihat pada waktu sama serentak,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut memuat naik imej grafik senario simulasi panorama tersebut pada awal malam ini.

Berdasarkan hantaran berkenaan, katanya, fenomena nadir itu pernah disaksikan pada pertengahan 2022 lalu tetapi ianya cuma muncul ketika waktu subuh.

“Justeru, peluang ‘keemasan’ kali ini dianggap paling baik kerana berlaku ketika lewat petang menjelang hari memasuki waktu malam dan sesuai bagi tujuan pencerapan,” jelasnya.

Sistem suria terletak dalam galaksi Bima Sakti, mengandungi satu matahari sebagai bintang dengan dikelilingi lapan planet termasuk bumi serta lima planet saiz kerdil termasuk Pluto. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI