fbpx

DUN Perak lulus RUU Anti Lompat Parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani ketika menggulung perbahasan berkaitan RUU Anti Lompat Parti di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini.

IPOH – Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan (Bahagian Pertama)(Pindaan) 2022 berkaitan larangan wakil rakyat melompat parti diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak sebentar tadi.

Keputusan itu diumumkan Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid selepas proses pengundian RUU itu dijalankan pada Persidangan DUN Perak di sini hari ini.

Kesemua ADUN yang hadir sebulat suara menyokong pindaan rang undang-undang itu selepas dibentangkan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad semalam.

Sebelum itu seramai enam ADUN iaitu empat orang dari pihak kerajaan dan dua orang lagi dari pembangkang membahaskan RUU berkenaan dimulai Azman Noh (BN-Pengkalan Baharu) diikuti Ketua Pembangkang, Razman bin Zakaria (Pas-Gunung Semanggol).

Perbahasan diteruskan lagi dengan empat ADUN lain yang diberi masa selama 20 minit untuk berhujah iaitu Muhamad Arafat Varisai Mahamad (PKR-HuluKinta), Khalil Yahaya (Pas-Kubu Gajah), Jason Ng Thien Yeong (DAP-Astaka) dan M Thulsi Thivani (DAP-Buntong).

Saarani Mohamad kemudiannya menggulung berbahasan bagi membolehkan undian dibuat seterusnya meluluskan undang-undang berkenaan.

Semalam, usul berkenaan dikemukakan Saarani untuk bacaan kali pertama dan kedua yang kemudiannya disokong oleh Azman.

Saarani berkata, RUU ini betujuan untuk meminda beberapa perkara di bawah Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan bagi tujuan larangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak bertukar parti.

Katanya, ia dilaksanakan selaras dengan peruntukan Seksyen 7A, Jadual Kelapan, Perlembagaan Persekutuan yang telah dipinda melalui Akta Perlembagaan (Pindaan)(3) 2022.

“Pindaan seksyen 7A, Jadual Kelapan, Perlembagaan Persekutuan tersebut perlu diikuti dengan pindaan yang sewajarnya kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri masing-masing terlebih dahulu sebelum peruntukan tersebut boleh mula berkuat kuasa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI