fbpx

Paras air Sungai Bernam masih pada paras bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sungai Bernam

PETALING JAYA – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran bahaya paras air bagi sungai di Sabak Bernam pagi ini.

JPS menerusi laman sesawangnya memaklumkan Sungai Bernam di Rimba KDR, Sabak Bernam ketika ini masih berada pada paras bahaya dengan bacaan 2.31 meter (m) dengan trend meningkat berbanding 2.32 m semalam.

“Dua buah sungai di Sarawak dan Kelantan juga masih pada tahap amaran pula di Sungai Similajau, Bintulu pada paras 9.41 m serta Kampung Jambu (Kuala Jambu), Tumpat pada paras 2.18 ,” katanya.

Manakala, beberapa sungai di Sarawak, Kelantan, Pahang, Johor, Sabah dan Melaka ketika ini dalam amaran berjaga-jaga.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pagi ini meramalkan cuaca baik di seluruh negara berikutan tiada amaran ribut petir serta hujan lebat dikeluarkan setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI