fbpx

Wanita singkap skirt tunjuk kemaluan bantah undang-undang pro-LGBTQ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita (dua dari kiri) tanpa rasa malu bertindak menyingkap skirt untuk menunjukkan kemaluan palsu dalam persidangan Parlimen di Scotland baru-baru ini. - Reddit

EDINBURGH,  Scotland –  Perdebatan kontroversi berlaku di Parlimen Scotland mengenai hak transgender berakhir dengan seorang penunjuk perasaan menyingkap skirt yang dipakainya untuk mendedahkan kemaluan, lapor portal berita Daily Star semalam.

Rang Undang-undang Pembaharuan Pengiktirafan Gender (Scotland) telah diluluskan oleh Parlimen Scotland dengan 86 undi menyokong berbanding 39 undi yang menentang di Parlimen Edinburgh.

Di bawah undang-undang baharu itu, sesiapa yang tinggal di Scotland akan boleh memohon sijil pembaharuan jantina selepas tinggal dalam jantina yang dipilih sendiri selama tiga bulan atau enam bulan jika mereka berumur 16 atau 17 tahun. 

Sebelum ini mereka terpaksa menunggu selama dua tahun untuk mendapatkan sijil pembaharuan jantina.

Bagaimanapun, terdapat seorang penunjuk perasaan yang menyingkap skirtnya untuk mempamerkan kemaluan sambil menjerit ‘segeralah!’ di ruang tempat duduk awam.

Dia menjerit bahawa wanita sedang dirogol di penjara oleh banduan-banduan lelaki yang telah memberitahu pihak berkuasa bahawa mereka dikenal pasti sebagai wanita.

Bagaimanapun, anggota keselamatan kemudian melangkah masuk untuk membawanya keluar dari dewan Parlimen. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`