fbpx

Tindakan pantas Fahmi selesai aduan gangguan talian dipuji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi Fadzil.

PETALING JAYA – Orang ramai memuji tindakan pantas Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, dalam menyelesaikan isu gangguan talian telekomunikasi di Belaga, Kapit, Sarawak.

Isu tersebut telah dipanjangkan oleh seorang individu dikenali sebagai Ruth Diane, dipercayai seorang pelajar sarjana.

Tangkap layar aduan yang dikongsi di laman Facebook Fahmi, hari ini.

Jelas individu tersebut, dia bimbang sekiranya gangguan berterusan di kawasan Sungai Asap, Belaga, tidak dipulihkan ia akan menjejaskan pembentangan projek sarjananya pada Jumaat ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, Fahmi berkata, beliau menerima aduan berkaitan masalah tersebut, semalam.

Susulan itu katanya, beliau telah berhubung dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk mendapatkan maklum balas.

“Saya difahamkan ada masalah ‘backhaul’ yang dikenal pasti Sacofa Sdn. Bhd.

“Pihak Sacofa telah menghantar pasukan Operation & Management ke lokasi malam tadi juga dan kerja-kerja ‘fibre splicing’ sedang dijalankan.

“Insha-Allah perkhidmatan dijangka kembali pulih, hari ini,” tulisnya di Facebook, sebentar tadi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna memuji tindakan pantas Fahmi walaupun beliau baharu menjawat jawatan Menteri Komunikasi dan Digital.

“Barulah dikatakan YB Komunikasi Dan digital. Tak kira di mana aduan dibuat, terus buat tindakan, senang sikit, tak perlu tulis surat bagai,” tulis Wilson Q Teliang.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Sulaiman Abdulrahman.

“Kagum menteri dibawah kepimpinan kerajaan perpaduan kenapa tak dari dulu ya jadi kerajaan Malaysia, apapun bersyukur sangat terima kasih YB. Terbaik kerajaan perpaduan,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI