fbpx

Tanah runtuh: Mayat mangsa ke-26 tiba di Sungai Buloh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa ke-26 tiba di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh kira-kira pukul 12.50 tengah hari. - Foto AMIR KHALID

SUNGAI BULOH – Mayat lelaki dewasa yang juga mangsa ke-26 kejadian tanah runtuh Father’s Organic Farm di Jalan Batang Kali-Genting Highlands ditemui pagi tadi, tiba di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh hari ini.

Kenderaan membawa mayat mangsa tiba di pekarangan Jabatan Forensik sekitar pukul 12.50 tengah hari.

Menerusi hantaran Facebook Korporat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), mangsa tersebut dijumpai sekitar pukul 11.16 pagi di B (farmview).

Setakat ini, mangsa hilang dalam tragedi tanah runtuh berkenaan berbaki tujuh orang, 61 mangsa selamat dan 26 meninggal dunia. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI