fbpx

Mangsa hilang kekal sembilan orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Md Razali (kiri) dan Suffian Abdullah (kanan).

HULU SELANGOR – Sembilan mangsa bencana tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm Jalan Batang Kali-Genting Highlands, masih belum ditemui setelah hampir 12 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah berkata, tiada perkembangan positif daripada operasi mencari yang tertumpu di Sektor C (Riverview).

“Operasi diteruskan sehingga malam ini, bergantung kepada keadaan cuaca.

“Sekiranya cuaca tidak mengizinkan kemungkinan operasi akan ditangguhkan dan akan diteruskan semula pukul 8 pagi esok,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau memaklumkan bahawa pihak polis masih meneliti dua laporan berkait mangsa tragedi berkenaan.

“Kami sedang membuat semakan dan meneliti laporan berkenaan. Buat masa sekarang, anggaran mangsa yang hilang masih seramai sembilan orang.

“Jumlah berkenaan kita perolehi daripada pengurus tapak perkhemahan dan kita masih dalam proses memperincikan lagi maklumat terbabit,” katanya pada sidang media petang tadi. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI