fbpx

Kelindan van dituduh amang seksual budak 8 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH, Heng Hong (kanan) didakwa melakukan amang seksual dan cuba membuat video seks kanak-kanak perempuan di Mahkamah Seksyen Johor Bahru, Johor hari ini. -Foto MOHAMAD FAIZAL HASHIM

JOHOR BAHRU – Seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual dan dalam persediaan menghasilkan pornografi kanak-kanak ke atas budak perempuan di dalam van sekolah, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Goh Heng Hong, 67, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Mengikut pertuduhan pertama, kelindan van sekolah itu dituduh menggunakan seorang kanak-kanak perempuan yang berusia lapan tahun dalam persediaan untuk menghasilkan suatu pornografi kanak-kanak.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam van sekolah antara Mac sehingga Julai 2019 di dalam daerah ini.

Pendakwaan dibuat di bawah Seksyen 7 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792) yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Heng Hong boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebat tidak kurang daripada lima sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, warga emas itu didapati telah melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak yang sama dengan menyentuh paha dan dada mangsa itu bagi maksud seksual.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam van sekolah antara Mei sehingga Jun 2019 di dalam daerah ini.

Bagi perbuatan itu, lelaki itu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah SEKSYEN (14a) akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh di hukum di bawah akta yang sama.

Tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat.

Kes tersebut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin serta mengenakan syarat tambahan seperti melapor diri sebulan sekali di balai polis, menyerahkan passport antarabangsa serta tidak mengganggu mangsa dan keluarganya sehingga kes selesai.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 25 Januari tahun depan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI