fbpx

Isteri suruh balik ketika tonton final Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan mesej tersebut yang kini tular di Twitter.

PETALING JAYA – Perlawanan akhir Piala Dunia 2022 yang berlangsung malam tadi menyaksikan pelbagai ragam peminat bola sepak yang berkumpul menonton bersama-sama.

Turut tular, sebuah video memaparkan suasana di sebuah kedai makan menjadi ‘kecoh’ apabila terpampang kiriman mesej di aplikasi WhatsApp pemilik telefon bimbit yang digunakan untuk menonton perlawanan itu di skrin besar menggunakan mod cermin (mirror mode).

Orang ramai yang sedang khusyuk menonton perlawanan itu tergelak besar apabila individu dipercayai isteri kepada pemilik telefon bimbit itu memarahinya kerana pulang lewat.

“Bila nak balik? Awak tidur luar sajalah,” kata mesej itu.

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna media sosial turut terhibur melihat rakaman tersebut selain berharap lelaki itu tidak dimarahi dengan teruk oleh isterinya.

“Mari kita doakan keselamatan abang ini,” seloroh Syed.

“Empat tahun sekali kak, bagilah peluang,” kata Hamzah.

“Nasib baik isteri aku tak macam ini,” kata Loccos.

“Rasanya ada kawan menyakat tu, takkanlah tak simpan nombor telefon isteri. Apa-apa pun penonton terhibur,” kata Raphael.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 80,000 kali di Twitter. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI