fbpx

Tanah runtuh: PASPA, APM Hulu Selangor bantu kesan mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan keselamatan sedang mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Fathers Organik Farms Gohtong, Batang Kali.

KUALA KUBU BARU – Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) daerah Hulu Selangor turut bersama-sama membantu pasukan keselamatan lain dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di sebuah tapak perkhemahan awam berhampiran Father Organic Farm, di sini, awal pagi tadi.

Setakat pukul 5.12 pagi tadi, seramai 30 mangsa telah berjaya ditemukan dan diselamatkan pihak bomba.

APM dalam satu kenyataan di Facebook sebentar tadi memaklumkan, pihaknya bertindak selepasa mendapat arahan daripada Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Hulu Selangor.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya bertindak sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.24 pagi tadi.

“Maklumat awal daripada pihak polis mendapati kira-kira 100 jumlah mangsa dipercayai terbabit dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu.

“Beliau berkata, ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 39 meter dengan anggaran keluasan runtuhan seluas satu ekar (kira-kira 0.4 hektar),” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI