fbpx

Ustazah Asma’ tegur budaya lelaki pakai rantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Budaya lelaki memakai rantai terutama dalam kalangan artis yang disifatkan tidak bermoral serta boleh mempengaruhi anak muda.

Menerusi teguran daripada pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun berkata, ketika ini semakin ramai lelaki memakai rantai sama ada diperbuat daripada besi, perak atau emas dan ia seolah-olah sudah menjadi kebiasaan.

Berikutan itu, beliau turut menjelaskan hukum berkaitan memakai rantai dalam kalangan lelaki dengan memetik hadis yang menunjukkan jelas ia haram bagi golongan tersebut.

“Daripada Ibnu Abbas, beliau berkata, Rasulullah SAW melaknat golongan lelaki yang menyerupai orang perempuan dan juga golongan perempuan yang menyerupai orang lelaki. (HR Bukhari, hadis sahih)

“Syeikh Badruddin al-‘Aini pula mengulas hadis ini iaitu (celaan ini) adalah pada perbuatan orang lelaki yang menyerupai perempuan daripada sudut pakaian dan juga perhiasan khusus buat orang perempuan seperti memakai serkup kepala, rantai, gelang tangan, gelang kaki dan juga anting-anting. (Kitab ‘Umdatul Qari, Al-‘Aini 22/41)

“Jelas daripada hadis di atas bahawa haram bagi seseorang untuk memakai pakaian atau perhiasan yang khas bagi jantina berlawanan dengannya,” katanya pada hantaran tersebut hari ini.

Ustazah Asma’ berkata, pengharaman bagi lelaki menyerupai wanita ini tiada khilaf dalam kalangan alim ulama sama ada daripada sudut pergerakan badan, kelembutan kata-kata, perhiasan, pakaian dan lain-lain yang khas bagi wanita daripada sudut adat dan tabiat.

Malah, beliau turut memetik hadis berhubung golongan lelaki diharamkan untuk mengambil emas sebagai perhiasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI