fbpx

Pengasas Public Bank Teh Hong Piow meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tan Sri Teh Hong Piow.

PETALING JAYA – Pengasas dan Pengerusi Emeritus Public Bank Bhd (Public Bank), Tan Sri Teh Hong Piow, meninggal dunia pada usia 92 tahun, pukul 10.20 pagi tadi.

Perkara tersebut di maklumkan melalui kenyataan media oleh Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank, Tan Sri Dr Tay Ah Lek.

Beliau memberitahu pemergian Hong Piow adalah satu kehilangan besar buat kumpulan Public Bank.

“Bagi pihak Lembaga Pengarah, Pengurusan dan kakitangan Kumpulan Public Bank, kami merakamkan ucapan setinggi-tinggi takziah dan simpati kepada keluarga beliau,” katanya.

Hong Piow merupakan individu yang mengasaskan Public Bank pada tahun 1965 ketika berusia 35 tahun dan dilantik sebagai Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Public Bank, sejak permulaan operasi perniagaannya pada 6 Ogos 1966.

Beliau turut dilantik sebagai Pengerusi Emeritus dan Penasihat Public Bank pada 1 Januari 2019 dan kekal sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Lembaga Pengarah Public Bank. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI