fbpx

Operasi cari pemancing bot terbalik diperluaskan 4 kilometer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba meneruskan pencarian terhadap mangsa insiden bot terbalik ketika memancing di Sungai Perak, semalam.

TELUK INTAN – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lelaki yang dikhuatiri lemas dalam insiden bot terbalik ketika memancing di Sungai Perak di sini semalam, diperluaskan hingga empat kilometer, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan, Mohd. Ismail Mohd. Yunus berkata, operasi kini memberi tumpuan di lokasi terbaharu yang ditunjukkan mangsa pertama.

“Maklumat yang diterima daripada mangsa pertama semalam kurang tepat jadi kita bawa lelaki itu sekali lagi ke lokasi sebenar bot tersebut terbalik.

“Mangsa pertama dijumpai hanyut dari tempat bot terbalik kira-kira tiga kilometer, oleh itu operasi kini ditumpukan di kawasan sekitar,” katanya di sini, hari ini.

Menurut beliau, khidmat dua ekor anjing pengesan (K9) dari Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur turut digunakan bagi membantu mengesan mangsa.

“Setakat ini, anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Teluk Intan telah melakukan dua kali selaman bagi mencari mangsa.

“Usaha mencari mangsa yang memasuki hari kedua masih diteruskan melibatkan 14 anggota bomba termasuk dari BBP Teluk Intan, PPDA Teluk Intan, JBPM Zon 4 Tapah, K9, polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Teluk Intan,” katanya.

Media semalam melaporkan, seorang lelaki hilang selepas bot dinaiki bersama rakannya terbalik ketika memancing di Sungai Perak berhampiran Jeti Dataran Udang Galah.

Mangsa yang terselamat dikenali sebagai Muhammad Rasin Syazani Sumadi, 25, manakala seorang lagi yang masih hilang pula, Mohd. Azuan Buyong, 41.

Mangsa pertama dijumpai oleh anggota bomba sekitar pukul 6 pagi. Dia ditemui dalam keadaan lemah di atas bot yang terbalik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI