fbpx
Jambatan Sultan Yahya Petra yang merentasi Sungai Kelantan di Kota Bharu. -Foto oleh ZULHANIFA SIDEK

Hujan berterusan, empat sungai melebihi tahap bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hujan berterusan hampir di seluruh negara malam tadi mengakibatkan empat sungai di Pahang, Kelantan dan Negeri Sembilan mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya, pagi ini.

Menerusi laman web info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kira-kira pukul 8.30 pagi tadi, bacaan aras sungai di Pahang dan Negeri Sembilan menunjukkan trend menaik.

Di Pahang melibatkan Sungai Triang di Triang, Bera, dengan bacaan 34.6 meter (m) dan Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran, dengan bacaan 19.2m.

Situasi sama turut dilaporkan di Negeri Sembilan, Sungai Muar di Kampung Berembang, Kuala Pilah, apabila bacaan yang dicatatkan adalah 63.31m dengan trend menaik.

Seterusnya, di Kelantan, Rantau Panjang, Pasir Mas, bacaan yang dicatatkan adalah 9.58m namun menunjukkan trend menurun.

Dalam pada itu itu, beberapa sungai lain seperti di Selangor, Johor, Terengganu, Kedah, Melaka, dan Sarawak masih mencatatkan bacaan aras waspada.

Penduduk dinasihatkan peka dan bersedia untuk sebarang kemungkinan bagi mengurangkan risiko banjir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN