fbpx

H: Plaza Tol A Bandar Cassia jambatan kedua ditutup sementara esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Lorong tol Plaza A Bandar Cassia di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) dekat sini akan ditutup sementara untuk latihan simulasi kecemasan esok, mulai pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB),Faisal Shahbudin, latihan simulasi itu bertujuan untuk menilai kesiapsiagaan dan tindak balas JKSB, pasukan kecemasan dan agensi berkaitan dalam menguruskan situasi kecemasan di lebuh raya.

Beliau berkata, latihan kecemasan itu akan melibatkan JKSB, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan kontraktor JKSB.

“Sepanjang tempoh latihan, pengguna dari Lebuh Raya PLUS ke pulau (Bayan Lepas/ Batu Maung) akan dilencongkan ke Plaza B Bandar Cassia.

“Pengguna lebuh raya juga dinasihatkan agar mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh petugas JKSB ketika latihan dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, pengguna juga boleh menghubungi Hotline JKSB di talian 1300-30-2828 untuk mendapatkan maklumat trafik atau ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI