fbpx

Dana RM60 juta perkasa sektor pertanian di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAHARI SARIP ketika menjawab soalan lisan Ee Chin Li (PH-Tangkak) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Kota Iskandar, Iskandar Puteri hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Aktiviti pembangunan sektor pertanian di negeri ini diperkasakan dengan suntikan dana berjumlah lebih RM60 juta daripada kerajaan negeri dan Persekutuan yang direkodkan pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri, Datuk Zahari Sarip berkata, peruntukan yang disalurkan menerusi lapan agensi dan Jabatan kerajaan itu bagi melaksanakan 149 program pembangunan.

Beliau berkata, aktiviti pertanian Yang dirangka sehingga kini itu telah memberi manfaat secara langsung kepada lebih 18,000 orang pengusaha dalam pelbagai subsektor pertanian di negeri ini.

“Daripada jumlah itu, Jabatan Pertanian Negeri Johor telah melaksanakan sebanyak 46 projek insentif menerusi peruntukan sebanyak RM32 juta pada tahun ini.

“Insentif ini telah memberi manfaat secara langsung kepada 10,959 orang usahawan tani menerusi insentif pembangunan tanaman makanan, pembangunan industri asas tani dan pembangunan modal insan.

“Projek itu dilaksanakan menggunakan tiga sumber peruntukan iaitu daripada kerajaan Negeri (RM10 juta), kerajaan Persekutuan (RM13.9 juta) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) berjumlah RM7.9 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ee Chin Li (PH-Tangkak) mengenai skim bantuan yang disediakan kepada petani dan sejauh manakah keberkesanan bantuan-bantuan tersebut pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Kota Iskandar di sini.

Mengulas lanjut, Zahari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap berkata, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) turut berperanan dalam usaha membantu dan memperkasa para petani dan peladang dalam menjalankan aktiviti pertanian.

Katanya, antaranya program yang dilaksanakan LPP ialah Geran Agropreneur Muda, Program Rise Up, Program E-Satellite dan Program Agriprentice.

“Keseluruhannya, LPP pada tahun ini menerusi empat program tersebut telah memperuntukkan RM6,189,500 dan memberi manfaat kepada 119 orang peserta,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI