fbpx
MAGHRIBI melakar sejarah baharu bola sepak mereka selepas mara buat kali pertama ke suku akhir Piala Dunia selepas menjinakkan Sepanyol awal pagi semalam. – AFP

Piala Dunia: Atlas Lions terus mengaum garang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AL RAYYAN – Ketua Jurulatih Maghribi, Walid Regragui mendedahkan bahawa Maghribi memang sengaja membiarkan Sepanyol menguasai bola pada perlawanan pusingan kalah mati awal pagi semalam sebelum mereka berjaya meraih kemenangan menerusi penentuan sepakan penalti.

Kejayaan itu menyaksikan, wakil tunggal dari benua Afrika berkenaan mengesahkan tempat ke suku akhir buat kali pertama dalam sejarah mereka sekali gus mengatasi pencapaian 1986 apabila terkandas di pusingan 16 terbaik.

Perlawanan menentang Sepanyol itu berlanjutan sehingga 120 minit aksi apabila kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sebelum Maghribi meraih kemenangan 3-0 pada penentuan sepakan penalti.

Sepanjang perlawanan itu berlangsung, Sepanyol dilihat berjaya mendominasi perlawanan, namun kekentalan benteng pertahanan menyaksikan Maghribi berjaya mengekang gawang mereka daripada dibolosi serta menafikan beberapa peluang terbaik pasukan lawan.

“Kami sudah bersetuju untuk tidak mempedulikan mengenai penguasaan bola dan kami tidak turun untuk bermain secara berhati-hati serta dalam ketakutan.

“Kami bukanlah pasukan seperti Perancis, Jerman atau England yang mampu untuk menyaingi Sepanyol menerusi penguasaan bola,” katanya.

Regragui mengakui bahawa pasukannya bekerja keras dalam tempoh empat hari sebelum ini untuk merangka dan me­nyiapkan strategi bagi me­ngurangkan impak yang mampu diberikan oleh trio bahagian te­ngah Sepanyol iaitu, Sergio Busquet, Pedri dan Gavi.

“Sepanjang tempoh 120 minit, kami beberapa kali berjaya me­nembusi benteng mereka dan kami juga mendapat dua, tiga atau empat peluang untuk menjaringkan gol.

“Kami buntu untuk menghukum mereka menyebabkan kami kekal dengan perancangan asal dan penentuan penalti itu bagaikan loteri buat kami. Apabila anda sedar bahawa memiliki penjaga gol antara yang terbaik, anda tahu bahawa peluang itu ada,” jelasnya.

Penjaga gol Maghribi, Yas­sine Bounou berjaya menghalang sepakan Carlos Soler dan Sergio Busquet sebelum tendangan Pablo Sarabia hanya singgah di tiang gol, namun The Atlas Lions berjaya menyempurnakan ketiga-tiga sepakan termasuk Achraf Hakimi yang menjadi penendang terakhir. – AFP

POPULAR