fbpx
LETSHANAA diharap dapat berada pada prestasi terbaik bagi menghadiahkan mata pertama buat Malaysia.

Piala Uber: Malaysia jumpa China di suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Laluan sukar menanti skuad wanita negara pada pusingan suku akhir Piala Uber 2026 di Horsens, Denmark apabila diundi berdepan juara bertahan yang juga pemenang 16 kali, China esok.

Atas kertas, peluang Malaysia tampak sukar untuk meneruskan kemaraan ke pusingan separuh akhir memandangkan China dianggap sebagai pasukan pilihan, namun apa sahaja boleh berlaku dalam sukan badminton.

Terdahulu, Malaysia memastikan kemaraan ke pusingan kalah mati selaku naib juara Kumpulan B di belakang Jepun manakala China menepati ramalan menjadi juara Kumpulan A selepas menang kesemua tiga perlawanan.

HASIL undian suku akhir Piala Uber yang dibuat sebentar tadi. – BWF

Dalam pada itu, undian lain menyaksikan Indonesia yang merupakan juara Kumpulan C akan berdepan naib juara Kumpulan A, Denmark manakala Jepun bakal membuat perhitungan dengan Thailand selaku naib juara Kumpulan D.

Satu lagi aksi suku akhir bakal menyaksikan Taiwan yang menjadi naib juara Kumpulan C berdepan Korea Selatan selaku juara Kumpulan D.

Walaupun berdepan China, pasukan negara yang diketuai pemain beregu wanita, M. Thinaah perlu memberikan segala-galanya jika mahu melakar kejutan ke atas gergasi dunia itu dan melangkah ke separuh akhir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN