fbpx

FGV Transport terima lori enjin karbon rendah daripada MAN Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada lori yang diterima oleh FGV Transport di Shah Alam.

PETALING JAYA – FGV Holdings Berhad (FGV) melalui anak syarikatnya  di bawah sektor logistik, FGV Transport Services Sdn. Bhd. (FTSSB) telah menceburi bidang perniagaan pengangkutan kontena dengan menambah 41 unit lori MAN TGS 6×4 prime mover baharu dan spesifikasi enjin karbon rendah Euro V.

Penambahan kepada asset FTSSB ini terdiri daripada lima unit lori MAN TGS 4×2 dan 10 unit lori 6×2 yang akan digunakan untuk pengangkutan kontena. 

Sementara itu, 26 unit lori lagi adalah MAN TGS 6×4 prime mover yang sesuai untuk pengangkutan kargo. 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Nazrul Mansor berkata, sektor logistik telah menjadi antara penyumbang utama kepada prestasi kewangan Kumpulan FGV berikutan peningkatan kadar pengendalian dan pengangkutan serta volum pemprosesan yang lebih tinggi untuk perniagaan pengangkutan dan penyimpanan sepanjang tahun lalu. 

“Pelaburan untuk lori generasi baharu yang berteknologi tinggi, jimat bahan api dan trak rendah karbon daripada MAN ini akan membolehkan FGV meraih peluang dalam sektor ini dan memperkukuhkan ikrar FGV untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau yang merupakan sebahagian daripada komitmen kami terhadap amalan perniagaan yang lestari,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena majlis penerimaan 15 unit pertama lori MAN TGS daripada Pengarah Urusan MAN Malaysia, Andrew O’Brooks di hab logistik FTSSB di Shah Alam.

MAN merupakan pengeluar lori pertama di Malaysia yang menawarkan enjin Euro V bagi seluruh rangkaian produknya dan kini mendahului dalam memacu mobiliti yang lestari dalam sektor pengangkutan. 

Kerjasama melibatkan 41 unit lori terbaharu ini adalah berdasarkan tender terbuka kedua oleh FTSSB yang dimenangi MAN Malaysia berikutan pemerolehan awal 44 unit lori MAN TGS generasi sebelumnya pada tahun 2021.

Lori MAN TGS Baharu FTSSB didatangkan dengan teknologi terkini seperti MAN Telematics dan Advanced Driver Assistance Systems (ADAS), termasuk Beg Udara Keselamantan khas buat Pemandu, Sistem Amaran Penukaran Lorong dan Sistem Brek yang termasuk Pretarder dan Retarder. -KOSMO! ONLINE

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI