fbpx
PELURU sesat itu terkena kaki mangsa ketika ibu bapanya tidur di dalam rumah. - Instagram

Bayi menangis cedera terkena peluru sesat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Seorang kanak-kanak berusia lebih setahun di Indonesia cedera akibat terkena peluru sesat ketika ibu bapanya sedang tidur di rumah mereka, lapor laman berita Suara.com.

Video memaparkan kejadian itu dimuat naik dalam akaun Instagram @kabarnegri.official.

Rakaman memaparkan keadaan kaki mangsa yang terkena peluru tersebut.

Kejadian itu dikatakan berlaku di Desa Kuripan, Lampung pada pukul 2 pagi (waktu tempatan) Ahad lalu.

“Ketika kejadian, ibu bapa mangsa sedang tidur nyenyak di dalam bilik. Tiba-tiba anak mereka menangis kerana berlumuran darah,” demikian keterangan dalam video tersebut.

Selain menunjukkan peluru sesat yang disyaki sebagai bukti kejadian, akaun itu turut memuat naik hasil imbasan X-ray memaparkan peluru sesat itu masih berada di kaki mangsa.

Mangsa kemudian menerima rawatan selepas dikejarkan ke hospital. – Agensi

 

POPULAR