fbpx
Tangkap layar sekumpulan kanak-kanak sedang menangkap ikan di sawah padi yang sarat dengan lumpur

Video kanak-kanak main dalam selut buat orang ramai rindu zaman kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Aksi sekumpulan kanak-kanak lelaki sedang bergelumang dalam selut di sawah padi untuk menangkap ikan membuatkan orang ramai terkenang nostalgia zaman kecil.

Perkongsian video menerusi akaun TikTok @dinmanusport68 menyaksikan kemeriahan sekumpulan kanak-kanak lelaki yang sedang menangkap ikan di sawah padi yang sarat dengan lumpur.

Situasi meriah itu dipercayai berlaku di salah sebuah daerah di negeri Kelantan.

Rentetan daripada itu, video tersebut telah tular dan ditinggalkan pelbagai respon dan reaksi oleh orang ramai termasuklah terkenang akan memori ketika zaman kanak-kanak mereka yang bebas bermain dan beraktiviti bersama rakan-rakan.

“Teringat zaman aku budak-budak dahulu, masuk bendang tengah hari, senja baru pulang ke rumah, dulu tiada telefon, inilah hiburan kami semua,” komen seorang pengguna TikTok.

“Indahnya zaman kanak-kanak kan? tidak perlu fikir apa-apa, tiada masalah, tiada komitmen, selesai bermain dengan kawan-kawan boleh balik makan, emak sudah sediakan tetapi sebelum itu kena rotan dulu sebab baju kotor dan bau busuk,” komen pengguna TikTok yang lainnya.

“Zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling aku rindu, teringat zaman kecil dulu aku pun macam ini juga, sampai berbirat kaki kena rotan,” komen pengguna itu.

Dalam pada itu, terdapat juga orang ramai yang berpendapat bahawa teknologi telah menyebabkan fasa dan aktiviti kanak-kanak sekarang telah berubah sehingga menyebabkan kanak-kanak zaman sekarang tidak selasak kanak-kanak zaman dahulu.

“Sebab itu budak-budak dahulu susah hendak dapat penyakit, sebab mereka lasak, tahan panas, antibodi mereka lebih tinggi dan kuat,” tulis pengguna TikTok itu.

“Kalau hendak dibandingkan, kanak-kanak sekarang susah hendak bergaul dek kerana menghadap telefon sahaja seharian, momen-momen indah seperti video ini tiada bagi mereka,” kongsi pengguna yang lainnya.

Setakat ini, perkongsian video yang tular itu telah meraih sebanyak lebih 1 juta tontonan, 104,000 tanda suka dengan 4,537 perkongsian – KOSMO! ONLINE

POPULAR