fbpx

Abang Muhyiddin meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Allahyarham Tan Sri Abdul Aziz Yasin, abang kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Muhyiddin dalam hantaran di Facebooknya turut memaklumkan mengenai berita sedih tersebut.

“Saya dan keluarga berasa sungguh dukacita dengan pemergian kakanda Tan Sri Abdul Aziz Yasin hari ini.

“Saya kehilangan seorang abang yang banyak membantu kehidupan di zaman muda dan sentiasa memberi sokongan kepada saya selama ini.

“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, diampunkan dosa-dosanya dan ditempatkan dalam kalangan orang soleh,” kata Pengerusi Perikatan Nasional itu hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI