fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat di pantai barat Semenanjung, pedalaman Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan cuaca signifikan bermula hari ini sehingga 11 Disember depan.

MetMalaysia menerusi kenyataannya berkata, berdasarkan analisis model-model cuaca, angin di rantau negara dijangka bertiup lemah dari pelbagai hala sehingga esok.

Tambahnya, keadaan ini berpotensi menyebabkan ribut petir di kawasan pedalaman dan pantai barat Semenanjung, utara dan pedalaman Sarawak serta barat Sabah pada sebelah petang hingga ke malam.

“Selain itu, mulai 7 Disember ini, angin timuran kencang dijangka berlaku di kawasan pantai timur dan utara Semenanjung sekali gus berpotensi menghasilkan hujan berterusan di kawasan-kawasan terlibat sepanjang tempoh tersebut.

“Dalam pada itu, MetMalaysia akan memantau keadaan tersebut dan akan mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan kategori waspada sekiranya perlu,” jelasnya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan.

Terdahulu, MetMalaysia turut mengeluarkan kenyataan gempa bumi kuat (bermagnitud 6.7) yang berlaku di kepulauan Tonga pada jam 3.24 pagi tadi. Walau bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Rentetan itu, orang awam disaran untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat yang terkini dan sahih. – KOSMO! ONLINE

POPULAR